Monday, December 8, 2008

Raya Yang Sakan...



Hari Raya Aidiladha a.k.a Hari Raya Korban a.k.a Hari Raya Haji akhirnya menjelma juga setelah menghilang hampir satu tahun.. Seperti 3 tahun yang lepas..tahun ni, aku tak balik juga umah sempena Raya Haji. Mungkin korunk cakap: ala...raya haji je pon, tak balik pon takper..tapi bagi aku, cuti adalah satu anugerah yang amat tidak ternilai harganya..Mengapa? Sebab..aku yang gatal nak jadi pelajar perubatan..orang lain dok cuti 3 bulan, aku nak cuti satu minggu pun payah..So, kalau ada cuti memang aku tak lepaskan peluang la..

Anyway, aku tak balik rumah tahun ni, raya kat sini jer, sebab exam aku dah nak dekat..Mak pun pesan:
Wan. ko duduk jer kat USM tu, tak payah pikir2 nak balik..kan
ke ko nak exam..??
Yelah mak..along duduk jela kat sini..nama pun raya korban kan? kenalah berkorban sikit.
Sebelum aku sampai di Kelantan, orang selalu cakap, Raya Haji kat sini meriah..aku pun pelik..apalah yang meriah sangat? setelah lebih kurang setahun setengah aku berada di sini, memang tak dapat dinafikan, raya kat sini memang meriah...
Nak tau kenapa? Sebab hampir semua rumah di sini mengadakan ibadah korban, tak kesahla lembu ke, kerbau ke, hatta ayam pun dikira tau?

Pagi ni, aku bangun pukul 6 pagi, memang rekod terawal la aku bangun minggu ni, bangga gak aku..Lepas sembahyang Subuh, aku mesej Ajon, suruh bangun Subuh sekali, takut2 die terlajak plak tido...Lepas baca 2-3 kerat, aku pun bersiap sediala nak pergi raya...Dah pakai baju Melayu ni, siap samping sekali, pastu aku pikir? Raya ke ari ni? Al-maklumla kan, duduk kat USM ni buat aku lupa tarikh2 yang penting ni..Aku pun tanya la Ira, tanyala Yani..Dorang ni lambat sangat reply, nasib baik aku dengar takbir dari masjid berdekatan, dengan serta mertanya aku yakin...Hari ni RAYA..hehe...

KAmi bertolak ke masjid awal..pukul 7.45 dah sampai dah depan MAsjid Demit..Punyela semangat nak sembahyang raya..sampai pintu masjid pun tak bukak lagi..Dengan perasaan yang malu, kami membuat keputusan untuk pergi ke Masjid Kubang Kerian..nasib baik dah siap takbir..

Sembahyang raya habis kira-kira pukul 9.30 pagi, perut kami dah berbunyi dah ni..Biasalah kan, perut kaum Adam ni lain macam sikit, dah makan pun meraung-raung lagi. Kami amat pasti kedai-kedai memang tutup hari ni dan esok, nak makan KFC tak rasa macam raya lah pulak..Jadi, kami pun pergila beraya di rumah Roslan, budak yang bajet bagus.. Sampai kat sana, tengok2 rumah diorang pun takde apa2...Rumah bujang la katakan.
Nasib baik si Lan ni ajak pi raya rumah 'kawan' dia kat Tanah Merah..Agak jauh jugakla dari USM, dalam 1 jam lebih, tapi makan punya pasal..lautan api pun sanggup kami renangi...cewah.. Dah sampai rumah yang dituju, kami pun dijemputla masuk ke dalam rumah..Lan apa lagi..tersipu-sipu macam ayam berak kapur, tak tau nak mulakan perbualan..Nasib baikla tuan rumah ni peramah, especially mak cik dia lah, perghhh...peramah abih..Bagai orang tidur disogokkan bantal, kami dipelawa untuk makan jamuan yang ada..Alhamdulillah...SAtu perkara yang aku perasan, orang Kelantan ni amat pentingkan tali kekeluargaan..tengok sajalah bila ada ibadat korban, hampir satu famili ada untuk sama menolong apa yang patut..Masa aku bertandang kat rumah 'kawan' Lan ni pun aku perasan benda ni..Nenek kawan Lan ni, dok sibuk layan suami dia yang sakit tenat...dia tak merungut pun..aku teringin pulak untuk memiliki seorang isteri yang bersifat sedemikian..hehe

Lebih kurang 1 jam di sana, kami pun beransur pulang la..bak kata orang dedulu la, bertandang rumah orang tak baik lama2 (iyo la tu..)..Since Lan sewa kereta sehari, kami pun bercadangla nak pergi raya rumah orang lain..Ramai yang ada dalam list, rumah Kak Dina la, rumah Syafiq la, Rumah Faiz dan yang sewaktu dengannya..tapi macam kes tadi gak..dorunk ni lambat sangat reply..Kak Dina reply 1 jam lepas mesej dihantar..Syafiq plak cakap open house raya ke-5, Faiz balik kampung dia kat Terengganu. Memandangkan kami takde hala tujuan, azan pun dah berkumandang, kami pun berhenti kat masjid tepi jalan..

Macam diilhamkan tuhan la pulak, tetiba, Lan mencadangkan supaya kami pergi serbu rumah Nik Fadhil...Waktu pun dah tengah hari..molek sangat la tu..nasib baik rumah Nik ada orang..Seronok kami..Kami pun singgah la sebentar..Ye la kan, nama pun raya..apa salahnya kunjung-mengunjungi sahabat handai..acecehh...ni la lagi satu keunikan kat Kelantan ni...raya haji pun ada orang datang bertandang kat umah..hoho

Habis raya umah Nik, tetiba Roy pulak mesej suruh datang beraya kat rumah dia..Apa lagi, dengan kadar sepantas kelajuan cahaya kami menuju ke Rantau Panjang, tempat di mana Roy dilahirkan..kwang..kwang..kwang..Macam biasalah, kami di jamu dengan pelbagai hidangan daging-based..yela kan..raya haji..Kat Kelantan jarang orang hidangkan rendang ngan lemang..tapi bila perut menguasai diri..batu pun jadi makan..wakakaka..

Tapi betulla aku cakap, raya kat sini meriah..macam raya Aidilfitri la pulak..kengkadang tu teringat jugak mak kat umah, tengah masak rendang favourite aku..tapi nak wat macamana kan?

Buat kengkawan yang senasib dengan aku kat luar sana tu, banyak-banyakla bersabar ok? Nabi Ibrahim a.s pun sanggup mengorbankan anaknya yang tercinta, inikan lagi kita yang ntah mana dosa pahala nya ni..Dengan ini, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha...sorila tulis pepanjang..nak wat macamana..blog aku..hehehe....Terima kasih la pada Roy, Nik, 'kawan' Lan sebab sudi jemput kami. Tahun depan bolehla berjumpa lagi..kihkihkih..

p/s: inila entri yang pertama berbahasa Melayu..harap korang tak kesah..hehe

Ajon & Bakaq yang happy jumpa makanan di rumah pertama..hehe
Dipaksa buat suvery di rumah Nik

Kekenyangan di rumah Roy


5 comments:

  1. wah..gler r korang beraya.
    aku yg balik kampung nih pon xder la beraya sakan cam korang.. perak ngan slgr? ape yg ada, klntn gak meriah..ish3..kat sini aku beraya ngan lembu je wan..haha..

    p/s: tgk la gmba lembu aku kat blog tuh. cute mcm ko kan hazwan?? hehe..

    ReplyDelete
  2. banyakla ko macam muka aku..
    xde orang lain ke ko nak samakan.??

    ReplyDelete
  3. Hahaha.

    Kelantan memang best! Tapi, kat rumah lagi 'bestest'!

    Aku pun tak faham kenapa grammar rockers gila teruk. 'Bestest', cek dalam lirik I'm Yours, Jason Mraz.

    Hehehe.
    Selamat Hari Raya!!!

    ReplyDelete
  4. lol~
    kalu lembu tu pki spek, mmg same la wan oi!~

    ReplyDelete
  5. betol2..raye aji kt klntn mmg meriah..aku pena raye kt umah membe taun lpas..raye petame tu selaen makan2 yg mewah tu, sanak sedare mmg sgt le ramai bekunjung..cm raye pose..jauh beze ngn raye aji kt tpt ku..hehe

    ReplyDelete

Maghi menyumpah kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...