Wednesday, June 17, 2009

Kenangan mengimbau kembali..

HICOM
Segalanya bermula hampir setahun yang lalu...aku tiba-tiba diminta untuk menjadi bidan terjun menggantikan kawan baik aku dalam mengendalikan sebuah projek..Projek itu, Seminar Kecemerlangan SPM 2009. kenapa aku? sampai sekarang aku masih tertanya-tanya...

Tapi, bagi aku..apa yang berlaku pasti ada sebabnya. Aku masih lagi teringat kata-kata solehin masa tu: Segala yang berlaku ada maknanya tersendiri..memang dah tertulis dan kita cuma perlu lakukan yang terbaik.. Masa tu aku cakap..easier said than done..haha

Selama lebih satu tahun, aku bersama-sama AJK aku bertungkus lumus untuk menjadikan SKSPM kali ke-15 ini satu realiti...Walaupun dah 15 tahun projek ni berlangsung..tapi kali ni, tak sama langsung dengan projek2 sebelumnya. Berbekalkan modal sebanyak ~RM1980, aku tertanya-tanya, mampukah projek ini berjalan seperti biasa? Cuba bayangkan projek bernilai RM30000 ini dimulakan dengan modal hanya RM1000..?? Susah kan? Itulah yang aku rasakn pada mulanya. Takut..bukan takut x cukup duit, tapi takut..mampukah aku menggalas tanggungjawab yang berat ni.

Alhamdulillah..aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang sangat memahami, kawan-kawan yang sanggup membanting tulang untuk bersama-sama menjayakan program ni. Walaupun dihujani pelbagai masalah..masalah exco, masalah duit, masalah sekolah, sebut je..banyak sangat masalah, tapi alhamdulillah..semua tu dapat diselesaikan satu persatu..

Bermati-matian aku pertahankan..boleh wan..boleh wan..sampai ada satu takat tu, aku rasa macam dah tak mampu nak pegang projek ni...nak exam lagi, nak layan HEP lagi, BTN lagi..arghhh..sampai aku terpaksa bodohkan diri aku..buat tak tahu pasal SKSPM untuk beberapa ketika..tak ramai yang tahu pasal benda ni..sebab aku senyapkan saja.

Nasib baik, segalanya mula berjalan lancar seminggu sebelum SKSPM berlangsung. Aku suka melihat ramai yang mahu untuk membantu menjayakan program ini. Terus terang aku cakap, aku terharu dengan komitmen yang diberikan. Aku ini ego orangnya. Aku anak sulung. Sejak kecil lagi aku dilatih untuk berdikari..selesaikan masalah sendiri..jangan ska mengharapkan orang lain. Jadi, bila berlakunya masalah-masalh tertentu, aku lebih suka untuk cuba menyelesaikannya sendiri. Aku akui..itu kelemahan aku..EGO..

Orang sudah mula hilang kepercayaan dengan aku. Sampai ada yang secara peribadi jumpa dengan aku untuk memnta supaya dikeluarkan daripada SKSPM. Katanya, dia takut dengan program ni, takut ia tidak dapat berjalan seperti yang diharapkan. Dalam kata lain, dia takut aku akan menyebabkan kehancuran program ni. Semua ini berlaku tak lama sebelum aku exam. Aku sangat pening, aku sangat stress..Apa yang patut aku lakukan?

Semasa peperiksaan sedang berlangsung..sekali lagi aku diuji...Sumber terbesar kewangan kami, BTN tidak mampu untuk menaja kami sebanyak rm7000..Apa ni? Hari itu dah janji kan?? Kenapa?? Banyak sangat persoalan yang bermain di fikiran aku waktu itu. Mana nak cari duit sebanyak rm7000 dalam 2 minggu? Dahla semua orang tengah cuti. Sekali lagi aku mendiamkan diri. Membatukan diri..menganggap semua masalah ni akan hilang bila aku bangun dari tidur. Haha.. Ia tak semudah yang disangkakan.. Banyak perancangan yang terpaksa dirombak. Aku terpaksa bermesyuarat dengan Aza dan Madihah sahaja, memandangkan HICOM lain semua telah lama berada di rumah masing-masing..

Itulah indahnya bermesyuarah..walaupun tidak dapat kata putus, tapi aku rasa, sedikit beban telah diangkat daripada bahu aku. Masalah tadi dapat ditangguh buat sementara waktu. Peperiksaaan menjelang..dan selain daripada soalan peperiksaan yang sangat mencabar, aku diuji dengan banyak lagi masalah...Sekali lagi..aku membatukan diri bagi memberi laluan kepada peperiksaan aku.
Secara peribadi..pengalaman bekerja dengan HICOM dan exco aku adalah sebuah pengalaman yang cukup indah. Walaupun dengan pelbagai masalah yang timbul di saat-saat akhir, berkat kerjasama yang ditonjolkan oleh rakan-rakan semua membantu untuk menjayakan program ini. Aku ingat lagi macam mana Atiq sanggup memberi laluan kepada orang lain dulu sebelum dia sendiri makan..aku ingat lagi, macamana Anam, Iqbal, Azmir bertungkus-lumus sehingga pukul 3 pagi menyiapkan backdrop..walaupun mereka ada kelas keesokkan harinya, T, yang tak putus-putus menghubungi sekolah bagi memastikan projek ini ada pesertanya..aku ingat lagi..macamana Aza berkorban keretanya untuk dipakai sepanjang program berlangsung...Aku ingat lagi, Amin sampai tidur dengan baju yang dipakainya sepanjang hari akibat kepenatan mengendalikan program..aku ingat lagi..banyak lagi peristiwa lain..yang kalau aku senaraikan semuanya disini..boleh mengambil masa yang lama untuk membacanya..aku ingat lagi..dan aku akan ingat buat selama-lamanya. Cuma Allah sahaja yang dapat membalas jasa kamu semua..Amin..

Biarlah apa pun orang nak kata, SKSPM ni miskin la, SKSPM ni projek terpinggir la..aku ni tak berkelayakan la..tapi bagi aku..inilah projek yang kita sama-sama usahakan..dan inilah projek yang aku akan kenang selagi hayat dikandung badan. Aku belajar banyak sepanjang mengendalikan projek ini. Dan kebanyakkannya aku belajar daripada anak buah aku sendiri. Terima kasih kerana mengajar aku banyak perkara.

Secara peribadi..aku tak malu untuk mengatakan..yang aku sayang kamu semua..May Allah bless you all..

Terimalah persembahan daripada kami...Credits to Pali,the guitarist....Menjadi Diriku

6 comments:

  1. Iqbal sangat poyo!

    Hahahah. Sangat seronok lagu ini dan aku dengar setiap masa kat wad. Setiap tahun aku ada lagu of the year, tahun ini lagu ini.

    Masa Azah cite BTN tak kasi duit tu, dari awal aku dah agak sebab dia tak minta hitam putih.

    Takpe, kita smeua kuat!

    Bila kita bersusah dengan kawan, baru kita faham erti sayang, kan?

    T_T

    ReplyDelete
  2. OMG!!! chumil gils kalian! tapi chumil gils lagi gitar aku yang dipetik Pali a cheyyyy!

    and tengok muka Iqbal kakakakak!!! ceritanya Hindustan hahaahha! tengok Wan dengan trademark kepala goyang dia kakaka! tengok Amin aku mau gelak XDDD buat lirik on the spot lagi XD Tengok Pali, intro mau buat style pertandingan nasyid dulu. LOL!!!! best best best, 4.5/5 verdict aku bagi untuk video neh :D PRICELESS!! XDDD aku gelak sorang-sorang macam orang gila dalam bilik ni :P

    ReplyDelete
  3. wakaka..
    seronok tgk korang suka dengan entry kali ni..

    to cik huda telinga: btol2..aku setuju..
    to z: hoho..cite hindustan ko cakap..thx bagi pinjam gitar ko..memang gempak kitaorg time tu..siap ada video klip lagi..nanti dah siap edit aku bg tunjuk kat ko..hoho

    ReplyDelete
  4. BUNGSUT LA WAN!!!!!!!!!
    arghhhhhh......
    buang video klip nih...
    segan shiot!!!

    ReplyDelete
  5. jericho sapa tah?

    Wan! aku tengok lagi video ni! n aku gelak lagi! WARGH HAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAH!!!! TOLONG!!! nak terkeluar yong tau fu dalam perut ni.

    ReplyDelete
  6. not bad...haha lawak2! iqbal..jage2 kaen tuh..hehe amin gile poyo..:P wan layan sorg2...pali gak yg maintain :) hikhik neway, best2! b'bakat jugek kwn2 aku neh...nape xajak aku?? hukhuk

    ReplyDelete

Maghi menyumpah kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...