Monday, June 22, 2009

Remembering the old days...



Ini adik-adikku..macamana nasib mereka kelak?


Pagi aku hari ini bermula seperti pagi-pagi yang biasa...Bangun pukul 6 untuk sembahyang subuh..kemudian kembali ke katil untuk menyambung tidur yang ditinggalkan sebentar tadi..memang tiada apa yang istimewa. Tetapi, tepat jam 10 pagi..ayah mengejutkan aku daripada tidur yang AMAT nyeyak (perkataan amat ditekankan menunjukkan i was VERY irritated!! haha). Ayah cakap: wan..kau pergi sekolah, ambilkan kad laporan a.k.a report card adik kau. Ayah tak sempat nak pergi sebab kena cepat masuk kerja... Dalam keadaan mamai, aku setuju sahaja dengan arahan ayah tanpa banyak soal. Beberapa minit selepas itu, aku baru sedar...aku dipermainkan oleh bapa sendiri..waaaaaa...(ayah memang licik..dia tahu kalau dia nak minta tolong aku..mesti dalam keadaan aku sedang mamai..)..

Nak tak nak..aku terpaksa bersiap sedia untuk ke sekolah. Lama dah aku tak menjejakkan kaki ke sekolah lama aku... Dah cantik dah rupanya sekolah ni...Kali terakhir aku berada di sini adalah 6 tahun yang lepas..itu pun sebab temankan mak aku ambil kad laporan adik perempuan aku. haha.. Sungguh sadis..dulu aku yang menunggu ketibaan mak dan ayah aku..sekarang aku pulak yang mengambil kad laporan untuk adik aku..tak ramai cikgu yang aku kenal di sini.. Ustazah Supinah, Cikgu Wan, Cikgu Syed Nizam antara yang aku terserempak pagi tadi. Aku tegur, tapi mereka dah tak ingat dengan aku..haha.. seperti biasa..aku memang 'low-profile' masa zaman sekolah rendah aku (ye ke?)

Banyak yang cikgu komen pasal adik aku.. Dia dapat no 26..dari jauh aku boleh nampak kad laporannya dicatit dengan warna merah..oh tidaaakkk!!! tidak perlulah aku beritahu matapelajaran apa..Aku sendiri..kalau gagal dalam mana-mana matapelajaran (which i never..haha) aku berasa sangat malu. Lain pulak dengan adik aku yang seorang ni..Tersengih-sengih..macam seronok pulak..sigh..apa nak jadi ni Akmal..

Sekarang baru aku tahu perasaan mak dan ayah aku bila anaknya gagal dalam sebarang subjek..baru adik tuh..belum anak lagi... Cikgu cakap..adik aku susah nak buat ayatlah..kerja matematik selalu tak siap..banyak bercakap dalam kelas (yang ni aku tak boleh nak komen..memang ada dalam genetik)...

Sekarang bukan masa untuk menuding jari terhadap adik aku seorang saja. Mak dan ayah sangat sibuk...Tinggal kami abang-abang dan kakak-kakaknya sahaja yang tinggal untuk menolong adikku yang seorang ni. Dulu, masa zaman sekolah rendah..aku suka baca Siri Hadi..Siri Salma, cerita Hikayat dan pelbagai lagi. Sekarang..adikku lebih gemar meluangkan masanya dengan permainan komputer dan tengok TV.....kalau dulu aku cukup takut kalau tak siapkan kerja rumahku, sekarang meninggalkan kerja rumah macam sudah menjadi perkara rutin dalam hidup adik aku..

Entahlah, mungkin sebab ini adikku yang paling bongsu..paling manja (lepas aku la beb..mana boleh lawan..haha)..sebab itu perangainya kian menjadi-jadi.. Aku sebenarnya lebih suka mengambil pendekatan 'wait and see'. Aku lebih suka kalau adik aku membuat kesilapan..dan belajar daripada kesilapan itu. itu lebih baik daripada memberitahunya apa yang patut dibuat dan apa yang tidak patut dibuat.. Tapi, kalau tak ada kesedaran untuk memperbaiki kesilapan..macam mana nak belajar?

Susah kan jadi abang? Nak ditolong dia cakap kita menyibuk, tak ditolong, adik kita...Sigh..

Dik..rajinla sikit..haha


No comments:

Post a Comment

Maghi menyumpah kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...