Thursday, January 1, 2009

Lentera Timur....Cahaya Baru Siti Nurhaliza

Lentera Timur...Siti Nurhaliza memang terkenal dengan permainan bahasanya...Sejak dari zaman anak daranya, sehingga kini bergelar Dato', nama album dia sangat unik..Sahmura, E.M.A.S, Cindai, sekadar menamakan beberapa nama album die yang terdahulu, menunjukkan yang die memang menitikberatkan setiap aspek dalam pembikinan sesebuah album, hatta tajuk sekalipun.

Kali ni, Siti muncul dengan album tradisional kontemporari setelah hampir 5 tahun die tak keluar ngan album berentak sebegini. Terubat rindu kat hati ni nak dengar suara buluh perindu diva yang diberi jolokan Biduanita Muda negara ini. Lentera Timur, atau bermaksud, cahaya timur, memang bersesuaian sekali dengan situasi industri muzik negara yang ketandusan ide menghasilkan lagu-lagu berentak tradisional. Even kalau dekat radio sekali pun, jarang dapat dengar lagu-lagu berentak begini. Diharapkan dengan kemunculan album Ratu Pop negara ini, lagu-lagu warisan negara ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas...

Mutu dan kualiti memang menjadi sandaran penyanyi berdagu lekuk ini. Album ini menggunakan khidmat komposer-komposer tanah air yang tidak dapat disangkalkan kreadibilitinya dalam menghasilkan lagu. Walaupun ada sebilangan komposer yang jarang menghasilkan lagu berkonsepkan etnik, namun hasilnya amat memberangsangkan. Bertuah sang empunya badan apabila puluhan komposer berkampung di dalam satu acara demi untuk menghasilkan lagu untuknya. Biasalah, komposer mana yang tak mahu Siti Nurhaliza menyanyikan lagunya. Hatta lagu yang 'kureng' pon jadi gah apabila Siti menyanyikannya. Walaupun dihasilkan dalam masa 3 hari sahaja, namun, hasilnya tetap memikat hati, ditambahkan lagi dengan live string yang sememangnya menambahkan lagi 'perencah' dalam menghasilkan lagu yang berkualiti tinggi..


Di Kayangan Kita:
Lagu yang dicipta oleh Johari Teh ini dipilih untuk menjadi tract yang pertama. Pelik, sebab selalunya lagu Pak Ngah akan diletakkan pada tract yang pertama. Yelah kan, sapa dapat menyangkalkan kebolehan maestro lagu-lagu etnik ini? Tapi lepas dengar lagu ni, baru saya dapat faham kenapa ia diletakkan sedemikian rupa..Lagu yang banyak menggunakan alat muzik dari timur tengah seperti gabus ini sangat unik, baik dari komposisi lagu, mahupun cara nyanyian Siti yang sememangnya tiada tolok bandingnya. Bila dengar, susah nak percaya lagu ini cuma 3 hari disiapkan..Syabas Johari Teh..

Bintang Malam:
Lagu yang mesra telinga ni memang boleh menangkap perhatian sesiapa sekalipun. Seronok dengar suara Siti dalam lagu ni. Tak payah nak tarik tinggi-tinggi, lenggok dan kejelasan setiap patah kata itu yang memainkan peranan penting di dalam sesebuah lagu. Tak sangka Johan Nawawi, suami penyanyi Nora yang menghasilkan lagu ni. Yelah, die kan selalu buat lagu pop balada berbanding lagu etnik...

Cinta Ini:
Lagu ni ada unsur-unsur 'dark' sikit. Seperti biasa, kekuatan lagu ini terletak pada korusnya. Dengar banyak-banyak kali pun, tang korus still yang paling senang nak mesra telinga. Hoho..Lagu yang mengisahkan seorang wanita yang resah pabila mengenangkan sikap kekasihnya yang terlalu memuja dirinya. Dia berharap agar kekasihnya men'channel'kan kasih yang berlebihan tu kepada Ilahi yang selayaknya. Sedapla dengar lagu ni..hoho..Unik sebab walaupun berkonsepkan tradisional dengan adanya bunyi siualan seruling dan paluan rebana...still ada rentak balada di dalam lagu ni..

Ada Masa Mata:
M.Nasir pernah cakap, Siti adalah 'suara'..Memang betul pun..Lagu berentak keroncong ni, sangat senang melekat di dalam telinga...Bukan senang aku nak dengar lagu keroncong, nenek aku mnat sangat lagu keroncong macam lagu Hetty Koes Endang, tapi aku x minat sangat. Tapi lagu ni sangat best..Sungguh berkesan kalau tujuan lagu ni dicipta untuk mendekatkan generasi muda seperti diriku (cewah) dengan rentak muzik keroncong..Thumbs Up!!

Bulan Yang Mesra:
Asyik lagu yang 'berbau' baru je, Siti tak pernah lupa lagu warisan Melayu dedulu...Lagu ni tak banyak sangat konsep baru diketengahkan..macam lagu nyanyian orang dedulu...walaupun agak slow tempo, namun lagu ni still sedap didengar. Pernah ada orang mengatakan, lenggok suara Siti ni sangat mahal..takde penyanyi lain yang bley lawan suara die apabila die menyanyikan lagu Tradisional. Itu yang membezakan Siti dengan penyanyi lain...

Seloka Budi:
Kali ni cikgu lama Cik Siti ni buat lagu berentak tradisional plak..Siapa tak kenal Adnan Abu Hasan, komposer yang terkenal dalam membawa Pemengang Vokal Terbaik AIM 9 kali ini ke persada seni...Tak sangka si Adnan ni dapat buat lagu etnik yang sangat seronok didengar.. Fokuskan bahagian
buah cempedak diluar pagar
tumbuhnya rendang condong ke desa
orang tak pandang harta
tetapi pandang budi bahasa..

bagus mesej yang ingin diutarakan...At least budak-budak zaman sekarang ni tau la..seloka tu apa... hehe

Rasa Antara kita dan Senyum Minang Manis:
Dua-dua lagu ni rasa-rasanya kalau masuk Anugerah Juara Lagu ada can nak menang. Rentak die sangat unik, terutama sekali lagu Senyum Minang Manis. Lagu ni rancak, dan ada sedikit unsur muzik dari Jawa dan hip hop digabungkan sekali di dalam lagu ni. Tak percaya? Perhatikan rentak lagunya baik-baik..

Joget Menanti Kasih:
Siapa tak kenal Habsah Hassan yang terrer tulis lirik yang puitis. Malas nak tulis panjang-panjang kat sini..Dengarla sendiri yer..Tapi frankly speaking, lagu ni susah sikit melekat kat hati berbanding lagu-lagu lain kat dalam album ni...
Jelmakan Ayumu:
Pak Ngah wat lagu ni..Rentak die seakan-akan boria..namun Pak Ngah berjaya menyelitkan unsur-unsur padang pasir di dalam lagu ni. Pak Ngah pernah cakap...susah die nak menghasilkan lagu sehebat 'masterpiece'nya, Nirmala..Tapi, lagu ni tidak menghampakan peminat Penghibur no 1 negara ini... Lagu Boria seh..tak sangka plak aku enjoy dengar lagu ni..

Di Taman Teman:
Lagu ni dah pernah dengar even sebelum album ni keluar lagi..MEmang serious cakap..lagu ni adalah lagu paling strong dalam album ni..Pendapat aku jela.. Dengar sekali je terus tangkap... Lagu yang berkisarkan tentang persahabatan ni sangat unik, bak lirik mahupun lontaran vokal Siti Nurhaliza...Dengarla..Pasti takkan hampa

Tidak dinafikan..album ini adalah album yang terbaik di antara album-album Siti yang terdahulu.. Berkonsepkan fantasi, saya berani cakap ia mampu merangkul pelbagai anugerah terutamanya AIM yang memang mementingkan kualiti sesebuah album itu..Bukan album tangkap muat, bukan album saduran daripada lagu terdahulu. Sekalung tahniah diucapkan kepada komposer-komposer yang terlibat di dalam pembikinan album ini, sekalung budi diuacpkan kepada mereka yang terlibat di dalam MACP yang lepas. Syabas diucapkan kepada Siti Nurhakiza kerana sekali lagi, berjaya menghasilkan masterpiece..

Dapatkan LENTERA TIMUR di pasaran. Hanya RM29.90..Tak rugi..
p/s: satu je tak minat..tang tudung minah ni..hehe



2 comments:

  1. haha..tau..memang best gler..
    sekali dgr dah suke sume lagu..
    hoho
    salam perkenalan..

    ReplyDelete

Maghi menyumpah kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...